Saturday, October 15, 2011

Makaroni Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

  • 1 paket makaroni (rebus hingga kembang dan toskan)
  • 1 labu bawang besar (cincang)
  • 4 ulas bawang putih (cincing)
  • 2 tingkai cili merah (cincang)
  • 200 gam daging kisar
  • 50 gram sayur campur
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar marjerin
  • Garam, perasa dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:
  1. Panaskan munyak, tumiskan bahan cincang hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah  kari , kacaudan masukkan sedikit air beserta daun kari.Kacau hingga tumisan pecah minyak.
  3. Masukkan daging kisar dan sayur campur, kacau hingga rata.
  4. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Masukkan makaroni, mayonis, marjerin, kicap, tomato dan cili sos. Kacau selama beberapa minit.
  6. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan daun ketumbar. Gaul dan sedia dihidang.

Sunday, October 2, 2011

Profil al-Imam Abdullah al-Haddad

  • Dilahirkan di Subair, sebuah desa kecil di negeri Hadramaut (bahagian selatan Yaman) pada malam Khamis, 5 Safar 1044H bersamaan 30 Julai 1634M.
  • Dibesarkan di Kota Tarim, yang dikenal pada masa itu hingga sekarang sebagai slah sebuah pusat intelektual "KaumBa Alawi"; sebutan bagi keturunan al-Husain bin Ali r.a, cucu Rasullulah s.a.w.
  • Telah menhafal seluruh al-Quran al-Karim pada usia yang sagat muda
  • Hilang daya penlihatan akibat dijangkiti penyakit cacar keka berusia empat tahun. Walaupun demikian, Allah telah menggantikannya dengan mata hati, cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan da wilayah.
  • Memiliki perwatakan badan yan tinggi, berdada bidang, tidak terlalugempal, berkulit putih, sangat kelihatan jelas kehebatan rupa ulama dan wajahnya tiada kesan mahuun parut cacar.
  • Ulama pada zamannya telah mengiktiraf /habib Abdullah al-Haddad sebagai mujtahid mutlak dalam ilmu syariat dan al-qutb al-qhauth dalam ilmu hakikat.  

Saturday, October 1, 2011

Profil Juwairiyah binti al-Harith

  • Nama penuhnya ialah Barrah binti al_harith bin Abu Dirar
  • Lahir sekitar 14 tahun sebelum Hijrah
  • Dibesarkan dalam keluarga kaya dan bangsawan kerana ayahnya ketua suku Bani al- Mustaliq
  • Beliau digambarkan seorang yang cantik, berakhlak mulia dan berpendidikan sehingga ramai orang kaya dan terhormat mahu menikahinya.
  • suaminya ialah Musafi bin Safwan pemuda daripada kaun khuza'ah.
  • Dimuliakan Allah dengan menjadi salah seorang daripada Ummahat al-Mukminin (ibu orang beriman)
  • Keislamannya menyebabkan 100 ketua keluarga daripada kabilahnya turut masuk Islam.

Doa Agar Tempat Tinggal Suami Isteri Menjadi Aman

" Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah), negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala."

(Surah Ibrahim 4: 35)

Doa Bangun Tidur

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nya (kami) dibagkitkan".

(Riwayat al- Tarmizi)

Doa Amalan Rasulullah (1)

" Ya Allah, inilah pembahagian yang aku lakukan terhadap apa yang aku lakukan terhadap apa yang aku miliki dan janganlah Kamu mencela aku dalam apa yang Kamu miliki tetapi tidak aku miliki (kasih sayang dan perasaan)".

(Riwayat Abu Daud no. 234)

Pakaian Putih Kegemaran Rasullullah

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang yang masih hidup antara kalian hendaklah memakai pakaian putih. Dan orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."

(Riwayat al -Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)